Custom Veil, Dari Hati Untuk Anda
Tak semua pengantin sama.
Ada yang suka simple, ada yang nak lace penuh, ada yang nak sedikit manik —
dan kami faham semua itu.
Sebab itu kami buka peluang untuk anda cipta sendiri veil impian anda.
Pilih panjang (1m – 3m), warna, lace, dan corak yang paling dekat dengan hati anda.
Kami akan jahitkannya dengan penuh kasih dan kesabaran,
seolah-olah veil itu untuk hari bahagia kami sendiri.
Arlisa Veil bukan jenama kilang.
Kami hasilkan setiap helaian dengan tangan dan doa.
Sebab kami tahu — veil itu bukan sekadar kain,
tapi mahkota terakhir sebelum lafaz paling suci dalam hidup anda. 🕊️
